Pages

Recent Posts

Oct 22, 2014

Perempuan Sentiasa Berubah Hati

“(Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk. Kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)"...(ali imran:8)

Persoalan 'kenapa hati manusia cepat berubah?' sentiasa membelengu di fikiran saya. Setiap hari berjumpa dengan rakan-rakan dan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia menyebabkan saya sedar yang manusia sememangnya cepat berubah..Berubah bagaimana? manusia boleh berubah melalui perbuatan seperti dari jahat kepada baik, kedekut kepada pemurah dan sebagainya..sama ada perubahan itu kerana “terpaksa” (berubah atau rebah) atau kerana “rela” (berubah kerana Allah)..tetapi bagaimana pula dengan perubahan hati manusia?Hati manusia boleh berubah mengikut keadaan. Apabila kita menjumpai sesuatu yang lebih baik di depan mata,yang jauh kita akan lupakan. Perubahan hati tidak boleh di paksa tetapi bergantung kepercayaan dan teguhnya hati kita pada seseorang.

Allah mengurniakan kita akal untuk berfikir. Berfikir dan membuat pilihan yang mana satu intan, mana satu berlian, mana satu emas, mana satu kaca...kita sering lupa apa yang kita miliki,tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain miliki. Sesuatu yang baik belum tentu benar dan sesuatu yang benar belum tentu baik.Sesuatu yang bagus belum tentu berharga dan sesuatu yang berharga belum tentu bagus..Renung-renungkan lah

Mengapa Perempuan Suka Curang Pada Lelaki .

1. Merasakan dirinya terlalu cantik .
Merasakan diri terlalu cantik  dan over konfiden selalunya terjadi kepada perempuan. Dia merasakan dirinya terlalu cantik apabila Allah memberikan sedikit kelebihan dari sudut wajah, tubuh badan dan gaya penampilannya. Harus diingat bahawa muka  cantik bukanlah menjadi aset utama kepada kejayaan di dalam perhubungan. Setia kerana muka  cantik? Tidak mungkin berlaku jika perempuan itu tidak pandai menjaga hati si dia. Lumrah manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Ada lelaki yang tidak terlalu memilih perempuan cantik atau lawa untuk menjadikan pasangan hidupnya. Pesanan kepada kaum hawa, janganlah terlalu merasakan diri terlalu cantik .

2. Terlalu ego dengan perasaannya
Sifat ego selalunya tidak pernah lari dari diri seseorang perempuan. Ego merupakan satu sifat yang secara lumrahnya ada di dalam setiap diri seorang lelaki dan perempuan,tapi bagi admin perempuan lebih kuat egonya. Apa yang membezakan seseorang perempuan dengan perempuan lain adalah tahap keegoan. Mereka sangat ego apabila lahir perasaan sayang dan cinta terhadap si dia. Apabila timbul perasaan sayang dan cinta lelaki mula mencari lelaki lain untuk mencari sayang dan cinta baru. Tetapi perbuatan itu adalah satu kesilapan besar kerana seringkali manusia akan hilang sesuatu yang sempurna jika terlalu inginkan kesempurnaan.

3. Ramai lelaki lain menyukainya.
Perempuan akan merasakan selesa berlaku curang jika ramai lelaki lain menyukainya. Tidak hairanlah jika kecurangannya itu diketahui pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai lelaki lain yang menunggu untuk menjadi pasangannya.Selain daripada itu juga,perempuan juga akan memberi alasan-alasan yang boleh dikatakan “bodoh” untuk mencari sebab untuk ke pangkuan lelaki lain.

4. Belum bersedia untuk setia.
Ramai perempuan yang curang selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya perempuan yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk setia”.

5. Niat membalas dendam.
Kenangan pahit di dalam hidup seperti pernah dipermainkan oleh lelaki juga antara penyebab perempuan membalas dendam. Mereka merasakan lelaki patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah terluka kerana lelaki. Ada juga penyebab lain menjadikan perempuan berniat membalas dendam kepada lelaki antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan oleh ayahnya,selalu dipukul oleh ayahnya,serta pernah diperkosa oleh ayahnya dan sebagainya.

Nasihat dari Eone

Apa yang Eone ingin pesan ,bersyukur lah dengan apa yang kita ada.Jujur dalam perhubungan cinta,sentiasa la memahami antara satu sama lain. Jangan sesekali tipu dalam perhubungan kerana kita bercinta untuk tuhan kita. Jika ingin mencari haluan masing2 ataw putus bercinta ,jujur lah pada pasangan dengan memberitahu beliau bahawa saudara/saudari telah menjumpai seseorg dlm hidup anda. Jujur itu penting supaya kita tidak akan ada rasa dendam dalam hati setelah putus hubungan.

sesungguhanya yang baik itu datang dari Allah ,yang kurang itu datang dari kita .