Pages

Recent Posts

Aug 23, 2011

Kisah tauladan tok imam dengan "bulu ayam" .

Ini kisah seorang Imam yang menderita sakit buah pinggang. Makin hari makin teruk. Satu hari dia berdiri di anjung rumahnya sambil memandang ke bawah dengan sugul. Lalu pengikut2nya bertanya, kenapa dia kelihatan sangat sugul. Dia pun menjawab.

"Aku telah di sahkan oleh Doktor mengidap penyakit buah pinggang. Cuma dengan pemindahan buah pinggang sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa ku"


Pengikut-pengikutnya yang ramai di bawah, riuh rendah mendengar perkhabaran itu. Masing-masing mengangkat tangan seraya bekata ...

"Ambillah sebuah buah pinggang ku ini"

Imam itu pun tersenyum melihat reaksi pengikutnya yang kesemuanya berlumba-lumba mengangkat tangan untuk mendermakan buah pinggang masing-masing. Setelah berfikir sejenak, Imam itu pun berkata ..

"Terima kasih atas kesudian kalian untuk mendermakan buah pinggang masing-masing. Tetapi aku hanya memerlukan satu sahaja. Beginilah .. untuk berlaku adil, aku akan menjatuhkan sehelai bulu ayam, dan sesiapa yang dihinggapi bulu ayam tersebut akan terpilih utuk memberikan buah pinggangnya"
Secara spontan, pengikut2nya berteriak, "setujuuuu ..."

Lalu segera dijatuhkan oleh Imam itu sehelai bulu ayam dan bulu itu melayang-melayang di udara dan secara perlahan-lahan jatuh ke kebawah. Dalam pada itu pengikut-pengikutnya berteriak-teriak ..

"hinggaplah pada ku .. hinggaplah pada ku"


Apabila bulu ayam tersebut hampir hinggap pada seseorang, orang itu pun dengan segera menghembus bulu ayam itu agar tidak mengenai dirinya. Melihat bulu ayam itu sudah melayang ke tempat lain, orang itu pun berteriak ...

"hinggaplah pada ku" .. hinggaplah pada ku"

Bulu ayam tadi pun melayang-layang semula ke udara dan perlahan-lahan jatuh menghampiri orang yang lain pula. Akan orang itu dengan segera menghembus bulu ayam itu supaya jauh darinya .. dan begitulah seterusnya hinggalah bulu ayam itu jatuh ke tanah tanpa sempat menghinggapi sesiapa. Imam tadi seakan-akan tidak percaya apa yang di lihatnya dan merasa amat dukacita.

Apakah pengajaran yang anda dapat dari cerita di atas ?