Pages

Recent Posts

Aug 11, 2011

Ingin Berkahwin ? Pastikan anda dan bakal pasangan anda bukan pembawa Talasemia..

Apakah Talasemia ?

- Penyakit keturunan di mana terdapat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah yg dikenali sebagai anemia

- Di warisi dpd ibubapa kepada anak

- 1 dalam 20 penduduk malaysia adalah pembawa gen talasemia



Tanda dan gejala talasemia

- Kanak2 kelihatan normal semasa lahir, tetapi mengalami masalah anemia yg serius apabila mencapai usia antara 3 hingga 18 bulan

- Keadaan pucat makin ketara, sentiasa lemah dan resah

- Anemia yg serius menyebabkan sukar bernafas

- Jaundis

- Perut buncit disebabkan hati dan limpa bengkak

- Tumbesaran terbantut

- Pembentukan tulang muka, pipi dan rahang tidak normal


Rawatan

- Transfusi darah setiap bulan

- Transfusi yg kerap menyebabkan kerosakan hati jantung dan kelenjar endokrin

- Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yg sesuai


Soalan - soalan yg sering ditanya

1. Bolehkah pembawa dikenalpasti ? Tidak

2. Adakah pembawa akan lebih mudah mendapat penyakit lain ? Tidak

3. Adakah pembawa lemah fizikal dan mental ? Tidak

4. Adakah pembawa tidak aktif ? Tidak

5. Adakah pembawa adalah pengidap? Tidak

6. Bolehkan talasemia berjangkit ? Tidak

7. Berapa lama jangka hayat pesakit talasemia ? Tanpa rawatan, akan meninggal sewaktu remaja

8. Bolehkah pesakit talasemia sembuh ? BOLEH dengan pemindahan sum sum tulang tetapi risikonya agak tinggi


Kesimpulan..

Sebelum berkahwin, pastikan anda menjalani saringan talasemia bagi mengelakkan anda di jangkiti talasemia...elakkan perkahwinan di kalangan PEMBAWA


Pembawa + Normal

Peratusan risiko utk setiap kehamilan :

1. 50% - pembawa

2. 50% - normal



Pembawa + Pembawa

Peratusan risiko utk setiap kehamilan

1. 25% - Pesakit talasemia

2. 50% - Pembawa

3. 25% - Normal 



______________________________________________________________


Komen TT,,,,pernah tanya doktor..kebanyakkan kes dia amik.. kahwin sepupu@saudara terdekat..