Pages

Recent Posts

Aug 11, 2011

Akhirnya Sekolah2 Kristian Mendapat Bantuan Najib.Perlembagaan Di Terajang...

RM19.4 juta untuk sekolah mubaligh di Sabah – Dr Puad

11/08/2011 4:12pm

KOTA KINABALU 11 Ogos – Sabah akan menerima RM19.4 juta daripada peruntukan khas RM70 juta untuk sekolah-sekolah mubaligh di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Wang itu adalah untuk 101 sekolah mubaligh di seluruh Sabah, di mana peruntukan bagi setiap sekolah berbeza bergantung permohonan dan keperluan masing-masing, katanya selepas menyampaikan cek bantuan tersebut masing-masingnya sebanyak RM50,000 kepada 12 buah sekolah mubaligh dalam daerah Kota Kinabalu di SM La Salle, sebuah daripada sekolah penerima itu, di sini hari ini.

Sekolah-sekolah ini adalah antara kumpulan pertama yang menerima peruntukan tersebut. Kini terdapat 441 sekolah mubaligh di seluruh negara.

Terdahulu dalam ucapannya, Puad berkata, kebiasaannya sekolah mubaligh yang tergolong dalam kategori sekolah bantuan kerajaan, diberi modal pembangunan dua tahun sekali berdasarkan permohonan yang dibuat, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kepekaan beliau, telah memberi peruntukan khas RM70 juta untuk sekolah-sekolah mubaligh ini.

"Yang paling penting peruntukan ini mesti sampai secepat mungkin ke sekolah-sekolah tersebut untuk memastikan kecemerlangan pendidikan dapat ditingkatkan dari penambahbaikan kemudahan-kemudahan sekolah,” katanya. – Bernama





(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanyaatau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa,danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; danSuruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
Jadi Atas Peruntukan APA Najib Guna WANG NEGARA Utk Bantu Sekolah Kristian ni??? Kalo Wang Umno X Sapa Pon Kisah

Di Bawah Ni Adalah HASIL Bantuan Yg Najib "DAH BANTU" Melalui Peruntukan Perlembagaan Persekutuan Mesia:


bangungan Sekolah Kebangsaan Kg. Tellian, Sarawak  :-




SAR Kg. Merabau, Kota Belud






SAR di Taman Tualang Indah, Pahang






sebuah sekolah kebangsaan di Darau, Sabah.










wajah sekolah agama untuk anak-anak orang Melayu 


Ehh!!! Mcm X Bantu Lagi Je...Mcm Mana Ni Najib???Sekolah Kristian Ko Bantu Walaupon Peruntukan X Pernah Pon Wujud Dalam Perlembagaan Persekutuan Mesia..."PEKA" Sungguh Ko Tgg Sekolah Dakyah Kristian Ni Yee...Tapi Pelik....Napa X "PEKA" Dgn Kedaifan Sekolah2 Agama Rakyat Islam Ni Pulak...

Persoalan Di Bawah Ni Harus Difikirkan Bersama Wahai Umat Islam, Melayu Dan Bumi Sekalian:



mula terfikir..

1. dulu, lepas serangan Gereja terbakar hari tu, Najib kasi duit kat gereja..
2. sekarang ni, lepas Gereja kena serbu, Najib kasi duit kat sekolah kristian pula..


kebetulan kah?