Pages

Recent Posts

Aug 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri,,,Maaf Zahir Dan Batin,,,--- Kepada Semua Muslimin dan Muslimah








Bahaya tol Kerjaya wartawan nie yee,,ada gak lucu,,ada gak kebetulan - ahhahaha




-- Rahsia nombor kad pengenalan anda --

Nombor kad pengenalan Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.

Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki. Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:-
Johor 01,21,22,23,24
Kedah 02, 25, 26, 27
Kelantan 03, 28, 29
Melaka 04, 30
Negeri Sembilan 05, 31,59
Pahang 06, 32, 33
Pulau Pinang 07, 34, 35
Perak 08, 36, 37, 38, 39
Perlis 09, 40
Selangor 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu 11, 45, 46
Sabah 12, 47, 48, 49
Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
Negeri Tidak Diketahui 82

***Dari apa yang aku teliti, kod negeri tu asal nyer ikut susunan alphabet nama2 negeri. tapi, sebab da ramai sangat rakyat, nombor tu da di tambah...skang ni, setiap negeri ada 2-5 kod masing2***

Teknik Rebonding Hair...terbaek - kah kah kah

Khasiat peluk isteri(kalau dah berkhawin je,jgn nk memandai buat bida'ah)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK

Penemuan 'Kuching Merah' Di Hutan Sarawak Tarik Perhatian Dunia





KUCHING, 25 Ogos -- Kehadiran 'Kucing Merah', seekor spesies kucing yang amat jarang ditemui di dunia baru-baru ini di kawasan konsesi pembalakan Unit Pengurusan Hutan (FMU) Anap, di tengah-tengah negeri Sarawak, telah menarik perhatian peminat hidupan liar dari seluruh dunia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Datuk Len Talif Salleh hari ini berkata imej Kucing Merah atau nama saintifiknya 'Catopuma Badia' berjaya dirakamkan oleh seorang pelajar Sarawak yang melakukan penyelidikan dari University Kyoto.

Katanya rakaman itu dibuat di dua lokasi di kawasan konsesi pembalakan FMU Anap di daerah Tatau, Bahagian Bintulu.

"Kemunculan ini, dalam kawasan seluas lebih 110,000 hektar, telah menandakan rekod sebaran, kira-kira 120km dari tempat kali terakhir penemuan dirakamkan pada 2005," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya kawasan pembalakan itu diuruskan oleh Zedtes Sdn Bhd di bawah peraturan pengurusan ketat pengurangan kesan pembalakan selaras dengan amalan pengurusan hutan lestari.

Sebelum ini, kehadiran Kucing Merah dirakamkan oleh perangkap kamera di Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau dan Taman Negara Pulong Tau, Miri, 120 km dari selatan sempadan Indonesia dan 200km utara FMU Anap, katanya.

Spesies Kucing Merah itu merupakan haiwan terlindung di Sarawak di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 manakala empat daripada lima spesies kuching hutan Borneo itu direkodkan di kawasan FMU Anap.

Makcik mengamuk belasah mesin ATM dengan kasut..?

Awat Makcik mengamuk sampai taboh mesin ATM!?
aku agak kad kena telan kot...




Lagu raya tak bole bla,,,,


aih sabar je TT tengok muka sorang2......

7 Fakta Pelik...

Senarai di bawah ialah tujuh fakta pelik yang menarik untuk diketahui.

1. Dalam tempoh 18 bulan, dua ekor tikus boleh membiak lebih dari SEJUTA ANAK TIKUS.

2. Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk ialah MADU.

3. Setiap lipstik mengandung SISIK IKAN.

4. Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah MOHAMMED.

5. Persamaan di antara BAJU KALI PELURU, PRINTER LASER, TANGGA KECEMASAN dan WIPER KENDERAAN ialah semuanya ditemui oleh perempuan.

6. Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan BAKTERIA dalam telinga sebanyak 700 KALI GANDA.

7. Siput boleh tidur selama 3 TAHUN.

8. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

9. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

10. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.

11. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

12. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

13. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.

14. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km.

Ikut Abah Solat Subuh

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..*****, " sambung Abah memaki lagi

10 Kata Kata Hikmat Lama Cina.

Salam.

meh baca..
happy reading !!!

--------------------

10 Kata Kata Hikmat Lama Cina.

1. Perjalanan seribu batu diawali dengan sebuah langkah.

2. Sebuah batu permata tidak dapat dibentuk tanpa gesekan, seperti halnya seorang manusia disempurnakan dengan cubaan hidup.

3. Lebih baik menyalakan lilin daripada mengutuk kegelapan.

4. Yang bertanya seperti orang bodoh selama lima minit lebih baik daripada yang tidak bertanya, karena ia tetap bodoh selamanya.

5. Jika Anda ingin tak seorang pun mengetahuinya, jangan melakukannya.

6. Berikan seseorang seekor ikan, dan anda memberinya makan untuk sehari. Tetapi ajarkan seseorang untuk menangkap ikan, dan anda memberinya makan untuk seumur hidup.

7. Waktu terbaik untuk menanam sebuah pohon adalah dua puluh tahun yang lalu. Waktu terbaik kedua, adalah: mulailah hari ini.

8. Bila Anda ingin tahu masa lalu Anda - lihatlah keadaan Anda saat ini. Bila Anda ingin tahu masa depan Anda - lihatlah tindakan-tindakan Anda saat ini.

9. Sebuah pembicaraan dengan seorang bijak adalah lebih baik daripada sepuluh tahun menuntut ilmu.

10. Hidup sebagian adalah apa yang kita tentukan, dan sebagian lagi ditentukan oleh teman-teman yang kita pilih.

Pembunuhan dolphin besar-besaran

Cuba tengok gambar ikan Dolfin ni :



Manja je kan ikan ni. Ikan ni juga antara haiwan paking bijak di dunia.

Malangnya ada manusia (yang kita sedia maklum ada akal dan sahih kebijaksanaannya) bertindak b*d*h dengan melakukan Dolphin Mass Killing ni. Ada banyak istilah lain juga yang digunakan. Tapi maksud perbuatan sama.

Tujuan?

Kalau di Denmark sebab nak buktikan yang budak lelaki tu dah cukup dewasa.

Kalau di Jepun sebab nak buat perdangangan la. Mahal kot ikan ni.

Zalim tak zalim, tak ada otak punya perbuatan, layan gambar di bawah ni (WARNING : disturbing pictures)













Cukup la tu kot. Nak lagi banyak, Google je. Harap benda ni dapat dihentikan

Aug 24, 2011

KUASA ALLAH Lubang 'Ya'juj Ma'juj ke tu di kwsn pedalaman Russia


lubang "ya'juj ma'juj" ke tu...?ataw lubang gua dajjal..?wallahualam....

The incredible Shade illusion


Kelebihan "left Handed" .




Hubungan kidal dengan otak

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.


Rumusan


1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.


Aug 23, 2011

Lelaki Jepun ke lahiran China paling COMEL !!!comel kan,,,i like..!!!kah kah kah




Sekali imbas pasti anda menganggap gambar di atas adalah gambar seorang awek yg cun. Nyatanya, dia bukanlah seorang perempuan tetapi seorang lelaki.

Nama sebenar lelaki comel ini ialah Kiyoshi Sakurazuka, seorang lelaki yg berasal dari China tetapi menetap di Jepun. Dia bekerja sebagai seorang cosplayer dan crossdresser yang sentiasa memakai cosplay wanita











Cuba lihat pada bahagian dada, memang mendatar. Bukti dia ialah seorang lelaki





Gambar-gambar Kiyoshi ber"pose" sebagai seorang lelaki













Jangan tak tahu, Kiyoshi juga mempunyai seorang girlfriend. Wanita di sebalah kiri dalam gambar di bawah ni adalah teman wanita Kiyoshi

__________________

Semut Berubah Warna Ikut Warna Makanan...



















Seorang lelaki berjaya menangkap gambar yang begitu indah, iaitu gambar semut berubah warna mengikut warna makanan yang dimakannya.

Bapa kepada tiga orang anak, Mohamed Ba.bu menangkap gambar peristiwa ini selepas isterinya, Shameem, menunjukkan semut berwarna putih selepas minum tumpahan susu.

Dia melakukan eksperiment dengan meletakkan gula cair berwarna dan melihat semut itu berubah warna dibahagian abdomen.

Sesetengah semut minum dari satu gula ke satu gula berwarna lain menjadikan warna yang baru di bahagian abdomen.

Mohamed Ba.bu atau dikenali Dr Ba.bu, seorang sainstis berusia 53 tahun itu menemui bahawa semut lebih suka warna gula yang lebih cerah seperti kuning dan hijau.

Dia berkata:

‘Idea untuk menangkap gambar tiba sebaik sahaja isteri saya menunjukkan semut berubah warna menjadi putih selepas minum tumpahan susu di dapur’

‘Saya menangkap gambar di ruangan taman untuk mendapatkan pencahayaan yang natural dan menyiapkan parafin set yang diletakkan gula berwarna diatasnya’

‘Saya mendapat semut yang banyak selepas beberapa minit dan menangkap gambar beberapa kalu untuk mendapatkan image yang berkualiti’

Selain itu, Dr Ba.bu daripada Mysore, selatan India berkata:
‘Abdomen semut adalah separuh lutsinar, ia mendapat warna daripada makanan yang dimakan’

Kisah tauladan tok imam dengan "bulu ayam" .

Ini kisah seorang Imam yang menderita sakit buah pinggang. Makin hari makin teruk. Satu hari dia berdiri di anjung rumahnya sambil memandang ke bawah dengan sugul. Lalu pengikut2nya bertanya, kenapa dia kelihatan sangat sugul. Dia pun menjawab.

"Aku telah di sahkan oleh Doktor mengidap penyakit buah pinggang. Cuma dengan pemindahan buah pinggang sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa ku"


Pengikut-pengikutnya yang ramai di bawah, riuh rendah mendengar perkhabaran itu. Masing-masing mengangkat tangan seraya bekata ...

"Ambillah sebuah buah pinggang ku ini"

Imam itu pun tersenyum melihat reaksi pengikutnya yang kesemuanya berlumba-lumba mengangkat tangan untuk mendermakan buah pinggang masing-masing. Setelah berfikir sejenak, Imam itu pun berkata ..

"Terima kasih atas kesudian kalian untuk mendermakan buah pinggang masing-masing. Tetapi aku hanya memerlukan satu sahaja. Beginilah .. untuk berlaku adil, aku akan menjatuhkan sehelai bulu ayam, dan sesiapa yang dihinggapi bulu ayam tersebut akan terpilih utuk memberikan buah pinggangnya"
Secara spontan, pengikut2nya berteriak, "setujuuuu ..."

Lalu segera dijatuhkan oleh Imam itu sehelai bulu ayam dan bulu itu melayang-melayang di udara dan secara perlahan-lahan jatuh ke kebawah. Dalam pada itu pengikut-pengikutnya berteriak-teriak ..

"hinggaplah pada ku .. hinggaplah pada ku"


Apabila bulu ayam tersebut hampir hinggap pada seseorang, orang itu pun dengan segera menghembus bulu ayam itu agar tidak mengenai dirinya. Melihat bulu ayam itu sudah melayang ke tempat lain, orang itu pun berteriak ...

"hinggaplah pada ku" .. hinggaplah pada ku"

Bulu ayam tadi pun melayang-layang semula ke udara dan perlahan-lahan jatuh menghampiri orang yang lain pula. Akan orang itu dengan segera menghembus bulu ayam itu supaya jauh darinya .. dan begitulah seterusnya hinggalah bulu ayam itu jatuh ke tanah tanpa sempat menghinggapi sesiapa. Imam tadi seakan-akan tidak percaya apa yang di lihatnya dan merasa amat dukacita.

Apakah pengajaran yang anda dapat dari cerita di atas ?

Keistimewaan Adi Putra "child genius" malaysia

Keistimewaan lain Adi Putra
Oleh ZAMRI RAMBLI

Genius matematik dari Bagan Serai, Adi Putra Abdul Ghani berusia genap sembilan tahun hari ini.







--------------------------------------------------------------------------------



SAYA pertama kali bertemu Adi Putra pada November 2005 di rumah datuknya di Tanjung Malim, Perak. Dalam pertemuan itu, Adi Putra telah menyelesaikan masalah darab matematik sepantas empat saat, sedangkan saya baru separuh jalan menekan punat nombor kalkulator. Adi baru berusia enam tahun ketika itu.

Saya juga terkejut dengan kepantasan Adi Putra mencongak, beberapa kiraan pendaraban yang lain seperti ribu dengan ribu, pengiraan isi padu silinder, pecahan dan perpuluhan di atas. Dalam diam, saya mengagumi kepintaran Adi Putra dan sekali sekala berasa diri saya kerdil di hadapannya.

Dua tahun kemudian, minggu ini, saya teruja lagi dengan pemilik wajah comel ini - Adi Putra dikatakan memiliki kelebihan lain selain matematik iaitu apa yang dipanggil deria keenam atau gerak hati.

Ahad lepas, Adi Putra berkunjung ke rumah keluarga Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang di Taman Medan, Petaling Jaya, sejak 9 Januari lalu. Menurut Adi Putra, beliau sedang cuba mencari Sharlinie menggunakan 'caranya'.

Ketika lawatannya, Adi Putra turut memberikan formula berbentuk pil bagi menenangkan perasaan ibu dan bapa Sharlinie selain pergi ke padang tempat Sharlinie dilihat sebelum kehilangannya.

Kemudian, Adi Putra membawa sekumpulan anggota polis ke Ulu Yam, Gombak selepas mendapat petunjuk Sharlinie pernah berada di situ. Walaupun, kecewa kerana hanya mendapat jejak kosong, penemuan satu tulisan bertulis 'media' di atas tanah memang mengejutkan. Ia dikatakan ditulis oleh penculik terbabit yang marahkan pihak media.

Menurut bapanya, Abdul Ghani Abdul Wahid, 49, sebenarnya ini bukanlah bantuan pertama yang diberikan oleh Adi Putra berkaitan orang hilang.

"Pernah sekali seorang kanak-kanak dipercayai lemas sudah 18 hari tidak ditemui. Keluarganya datang pun untuk minta tolong kalau-kalau boleh diberi petunjuk walaupun hanya untuk dapatkan tulang anaknya.

"Kami turun sendiri ke kampung mangsa untuk mencari. Bayangkan kami mencari di sebatang sungai dari tengah malam sampai pukul 5 pagi. Kemudian Adi Putra ajak balik. Sekitar pukul 7 pagi, keluarga mangsa telefon memberitahu mereka sudah menemui mayatnya dan ia masih dalam keadaan baik," cerita Abdul Ghani.

Akui beliau, Adi Putra tidak mahu menemui mayat mangsa secara terus kerana tidak suka mendabik dada. "Adi Putra usahakan dan biarkan orang lain yang temui, jadi orang tidak terlalu mengaitkannya dengan Adi Putra," katanya.

Dan Khamis lalu, saya berpeluang berbual santai dengan Adi Putra untuk menyelami kepintaran matematiknya dan bagaimana anak kecil ini melihat dunia. Saya juga ingin memahami sisi lain seorang Adi Putra.

Saya dibenarkan menemu bual Adi Putra secara bersendirian tanpa ditemani ibu bapanya - sesuatu yang jarang diperoleh media lain.

"KASIH ibu. Serihana Elias dan suami terus mencari formula terbaik untuk membesarkan anak genius mereka."




--------------------------------------------------------------------------------



Sepanjang temu bual itu, sambil mulutnya semakin lancar menjawab soalan saya (berbanding dua tahun lalu dia lebih pendiam), tangannya juga pantas menekan punat permainan video.

Dan sebelum saya pulang, Adi Putra sempat berpesan: "Untuk abang, Adi nasihatkan baca Alam Nasyrah (surah al-Insyirah) setiap hari."

Saya tanya kenapa surah itu? Jawab Adi: "Untuk rezeki abang."

Dan untuk kesekian kalinya, saya melihat keistimewaan Adi Putra dan ia sukar diterangkan.

Selebihnya, Adi Putra seperti kanak-kanak sebayanya - makan KFC, gemar menonton siri kartun Naruto, menunggang motosikal mini dan meminati penyanyi Adam AF2.

EKSTRA!: Dari mana Adi Putra dapat ilham mencipta Sajak Akulah Adi Putra, Anak Merdeka?

ADI PUTRA: Maksudnya, masa Adi buat apa ya? Adi dapat sebelum tidur. Dalam pukul 3 atau 4 pagi.

Macam mana boleh terfikir?

Tak tahu, tiba-tiba terlintas dalam fikiran. Adi karang dan ambil masa dua hari.

Dalam sajak itu Adi mengajak bangsa kita bangunkan negara dengan bertemankan surah Yasin dan matematik. Kenapa surah Yasin dan matematik?

Sebab matematik itu tunjang ilmu dan Yasin pula untuk penerang hati.

Adi baru berusia sembilan tahun tapi ada banyak maklumat yang Adi tahu selain matematik. Dari mana Adi tahu semua itu? Adi membaca buku atau ada orang yang ajar?

Ilham. Datang tiba-tiba. Dan ia muncul tengah malam atau awal pagi. Contohnya, Adi fikir-fikir tentang benda tu, tiba-tiba ia datang. Apa yang Adi hajat, ia sampai dalam beberapa saat atau minit. Bukan datang dari mimpi.

Adi tidak ke sekolah sekarang. Apa yang Adi buat setiap hari?

Pagi-pagi lepas mandi, Adi biasanya suka main permainan video. Petang ada kelas tahfiz dan bahasa Inggeris. Lepas itu, Adi main badminton atau naik motosikal kecil.

Adi kata masa di sekolah dulu (Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak) Adi macam 'kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil'. Sebab apa Adi kata macam tu?

Otak Adi ni, diibaratnya macam kereta Ferrari. Tetapi dibuatnya macam budak darjah satu. Maka rosaklah otak Adi. Dekat Malaysia ni bukannya ada orang yang boleh repair otak Adi. Perumpamaan tu memang Adi terfikir macam tu jelah.

Adi banyak cipta formula matematik, apa lagi formula yang Adi nak cipta selepas ini?

200 lebih (formula matematik) sudah ada sekarang. Insya-Allah kalau ada lagi yang terbaru Adi akan tambah.

Apa yang ingin Adi cipta bila besar nanti?

Insya-Allah Adi akan cipta dua jenis satelit. Satu satelit angkasa dan dua satelit bumi untuk negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password al-Quran. Satu kita guna alif, dua kita gunakan ba, tiga kita gunakan ta.

Kenapa Adi suka cipta formula pada waktu tengah malam?

Ilham datang waktu itu.

Apa permainan komputer dan video kesukaan Adi?

Counter Strike, game tembak-tembak... Ada juga main game Meet the Robinsons.

Bila besar Adi nak jadi apa?

Adi nak jadi profesor matematik Islam.

Adi tahu Adi terkenal sekarang?

Tahu juga. Adi tahu sebab ada orang tegur, baca paper dan tengok TV. Tapi paling banyak orang tegur la. Yang tegur ada tua dan muda.

Adi selalu jumpa bermacam-macam orang termasuk menteri dan sultan. Adi tak takut jumpa mereka?

Tak sangat. Perasaan biasa saja. Tidak ada apa-apa yang Adi fikirkan. Biasa sahaja.

Ketika beri ceramah pada orang ramai masa seminar, Adi tak rasa gementar?

Tak gementar. Adi bagi seminar matematik untuk pelajar, guru dan usahawan.

Apa yang Adi Putra tahu tentang Sharlinie?Kenapa Adi nak tolong cari Sharlinie?

Sebabkan polis minta. Tapi mula-mula Adi baca surat khabar. Adi bagi tahu ayah, Adi hendak tolong.

Apa yang Adi nampak masa pergi rumah Sharlinie?

Adi nampak (Sharlinie). Tapi tak tahu lokasi betulnya. Adi fikir pasal dia, Adi doa dan tiba-tiba Adi terlintas (dalam hati). Masa tu Sharlinie tak buat apa-apa.

Adi tahu di mana Sharlinie sekarang?

(Adi diam. Dia terus bermain permainan video)

Ketika ke Ulu Yam bersama polis tempoh hari, Adi yakin Sharlinie pernah dibawa ke situ?

Tak tahu, tapi memang tempat tu yang terlintas di fikiran Adi.

Bagaimana Adi tahu? Adi ada dengar suara bisikan, nampak sesuatu atau ia tiba-tiba ada dalam hati?

Memang terfikir begitu. Perkara itu memang datang dalam fikiran. Macam ada benda juga yang bagi tahu dekat Adi.

Semasa memberi ubat pada ibu Sharlinie supaya dia berasa lebih tenang, apa yang Adi baca?

Adi dah buat air tu yang dibacakan dengan doa.

Doa apa?

Maaf, tak boleh Adi bagi tahu.

Adi boleh baca apa yang ada dalam fikiran orang?

Boleh juga. Melalui gerak hati Adi. Tengok badan orang tu, Adi boleh baca. Adi boleh terlintas (dalam hati) kalau ada orang datang dengan niat tak baik.

Adi tetap salam, jangan bersikap sombong. Cuma Adi berdoa pada Allah agar dia tak buat benda jahat.

Adakah letih menjadi seorang genius?

Tak letih dengan matematik, cuma letih selalu layan ramai orang. Tapi Adi syukur pada Allah.

Apa ucapan untuk ibu dan ayah?

Semoga panjang umur. Terima kasih sebab jaga Adi.

Sudah berapa banyak Adi hafal al-Quran?

Adi baru belajar tahfiz - Adi belajar mengaji dan hafaz sekali. Adi dah hafal lebih kurang 11 hingga 12 ayat dari surah al-Baqarah. 


Kenali Personaliti Anda Melalui Jenis Darah..

1. JENIS DARAH A ADALAH PETANI (FARMERS) 

Mereka berdarah A adalah golongan pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:
Berhati-hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana Mereka Melihat Masa Hadapan Dan Masa Lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana Mereka Menggambarkan Perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana Mereka Bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

2. JENIS DARAH B ADALAH PEMBURU (HUNTERS)

Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana Mereka Melihat Masa Hadapan Dan Masa Lampau: 
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana Mereka Menggambarkan Perasaan: 
Seorang yang "expressive","cool", dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar "mood" seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana Mereka Bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi, sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

3. JENIS DARAH AB ADALAH AHLI KEMANUSIAAN (HUMANISTS)

Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas: 
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana Mereka Melihat Masa Hadapan Dan Masa Lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana Mereka Menggambarkan Perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya "cool" dan "steady", tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi "moody" sekelip mata.

Bagaimana Mereka Bekerja:
Boleh mmenguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat "follow up" sebelum projek kerja diselesaikan.

4. JENIS DARAH O ADALAH PEJUANG (WARRIORS)

Mereka "outgoing","expressive", dan "passionate". O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana Mereka Melihat Masa Hadapan Dan Masa Lampau: 
Positif tentang masa lampau, oleh itu, tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana Mereka Menggambarkan Perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana Mereka Bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung kepada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

Jadi, apa jenis darah anda? Penerangan betul atau tidak? Kongsikan di thread ini. Paling sedih ialah mereka yang tidak tahu jenis darah sendiri.

Warga Muda harus contohi wanita ini

seorang warga China bernama Feng Nao yang menunjukkan perbuatan seorang gadis yang cantik dan berhati mulia ini. Menurut kenyataan kisah di dalam gambar ini: "Sebaik saja hujan lebat turun secara tiba-tiba, seorang lelaki tua yang kurang upaya tidak berdaya bergelut di dalam hujan lebat untuk menyelamatkan diri. Ketika itu seorang gadis cantik yang membawa payung bergegas berlari di dalam hujan lebat untuk memberi perlindungan dan menjaga orang tua kurang upaya itu. Walaupun payung itu tidak cukup untuk melindungi diri orang tua itu daripada dibasahi hujan lebat, namun gadis itu tetap berada di sisi lelaki tua itu di dalam kebasahan hujan ...dan ia menjadi adegan yang paling indah di dalam hujan lebat itu."




Seorang lelaki berpakaian uniform (di dalam bulatan) sekadar memerhatikan dari jauh.


Walaupun payung itu tidak mampu menghalang lelaki tua ini daripada kebasahan, gadis ini tetap terus melindunginya.


Gadis ini lebih mengutamakan memeyungi lelaki tua itu.

kelihatan bahawa hujan lebat yang turun secara tiba-tiba menyebabkan lelaki tua peminta sedekah yang lumpuh kakinya bergerak perlahan-lahan dengan kereta kayu yang kecil. Melihatkan keadaan ini, seorang gadis berbaju merah jambu sambil memegang payung di tangannya bergegas di dalam hujan untuk melindungi peminta sedekah.

Tetapi tidak berdaya, payung itu benar-benar tidak berupaya untuk melindungi lelaki tua itu daripada hujan lebat. Di dalam gambar tersebut, ia boleh dilihat bahawa payung di tangan gadis itu benar-benar melindungi pengemis, manakala pakaiannya sendiri sudah sepenuhnya lencun kerana air hujan.

Tahun ni takde iklan raya mcm iklan arwah Yasmin Ahmad punye :((





 Tahun ni takde iklan raya mcm iklan arwah Yasmin Ahmad punye :((



Aug 22, 2011

190 perkara yg kita mesti Tolak UMNO BN......


1. kes MITP 200juta
2. kes PKFZ 12500juta
3. kes Rumah Khir Toyo
4. kes Rumah Mewah Satay
5. kes Perwaja 2000juta
6. kes Bank Bumi 5000juta
7. kes Parlimen bumbong Bocoh
8. kes Pudu bumbong Bocoh
9. kes Stadium runtuh
10. kes kapal selam 500juta
11. kes biji tin Maminco 300juta
12. kes Bank Negara goreng forex 20000juta
13. kes MAS 8000juta
14. kes Altantuya
15. kes komissen SU30MKM 100juta
16. kes hospital shah alam 480juta
17. kes hospital pandan 500juta
18. kes Petro farm ke Brunei 300000juta
19. kes Taib tunai 3juta
20. kes polis pukul Anwar
21. kes MB Sabah hutang Casino 158juta
22. kes Bernas tak bayar cukai beras siam 60juta
23. kes 40juta utk rest house 10org exco S'gor
24. kes AP 60,000 kos 2400juta
25. kes Petronas tolong putra Mahathir MISC 1700juta
26. kes skandal Petronas tanah ampang 600juta
27. kes Polis ambik gambar nude Hamisa di jail Nov 2005
28. kes Nor Omah : org luar negeri tak suka, sila balik
29. kes MRR2 bocoh 70juta
30. kes Proton RM1 jual Agosta yg bernilai 300juta
31. kes KJ beli saham ECM Libra 9.2juta
32. kes jabatan Johor-S'pore 1100juta
33. kes kos membaiki Proton Perdana di Terengganu 1.17juta
34. kes bina Pusat Menteri Perdagangan selama 11tahun - 1000juta
35. kes membaiki sekolah RM30,000 jadi RM3,000- bukit kepong, muar
36. kes highway gomen bayar upah 38500juta, lebih drpd kos bina!!
37. kes Hindu Rights Action Force, tempat sembahyang diruntuhkan
38. kes KWSP pakai 15juta utk beli sykt bernilai 700,000
39. kes mrr2 kos mambaiki 40juta jadi 70juta
40. kes kos bina dewen university 100juta
41. kes mb sarawak taib ambik kommissen 32juta
42. kes mb sarawak taib ambik tanah org asli
43. kes bumbong makamah KL bocoh
44. kes vincent tan & lingam beli hakim
45. kes ex-melaka MB rogol
46. kes Monsoon Cup & tengku adnan sykt korea 300juta
47. kes ink SPR 2juta
48. kes buku rekod SPR ade 8666 org umur lebih drpd 100
49. kes toll cheras mahkota
50. kes pak lah melancong 80 negeri di tempoh 4 tahun
52. kes facebook cuti-cuti mesia 1.8juta
53. kes minta komissen pd sykt tourism mesia
54. kes ng yen yen pergi melancong di NZ dgn suaminya RM244,000
55. kes Gerakan 1000juta kontrak tukar pelaburan 350juta - Motorola
56. kes bas statin runtuh di Terengganu
57. kes sekolah runtuh di Terengganu
58. kes UMNO hina Sultan natang di Terengganu
59. kes Khir Toyo bazir wang gomen, sekeluarga melancong Disney land dgn maid
60. kes buang 1000 bas masih ok, supaya membeli bas baru kat kroni
61. kes polis Minta DNA Anwar. DNA code nombor shj, kes tahun 1998 dulu, polis dah ade DNA code nombor Anwar. Ape sebab minta sperma Anwar lagi? utk masuk belakang?
62. kes kapal PSCI 24000juta
63. kes wira Ahmad Ismail kata Orang cina hanya tumpang di sini, UMNO gantung membershipnya 2tahun!
64. kes ISA tangkap repoter
65. kes Perak Umno beli org Dap utk runtuh gomen PR Perak
66. kes G20 blacklist mesia sebab mahligai lari tax
67. kes USCRI kata Mesia teruk - World Refugee Survey 2009
68. kes org mati di bangunan SPRM(MACC)
69. kes org mati di balai polis
70. kes-kes polis tembak rakyat
71. kes F1 bazir 1000juta tapi kalah teruk
72. kes hospital angkatan tentera 95
73. kes org filipino dpt IC Sabah
74. kes projek pakai mykad utk tambah petrol 70juta
75. kes 7500juta beli kereta perisai yg bernilai 3000juta shj (ikut harga pasaran)
76. kes NTV7 dpt amaran tak boleh jemput org PR utk program forum
77. kes Apco dpt projek 76juta
78. kes email 1 malaysia 50sen utk sebuah email
79. kes you help me, I help you
80. kes Utusan hina Islam
81. kes beli undi org asli di Sibu, Sarawak
82. kes utusan - Kristian Agama Rasmi?
83. kes Kuching jail 200juta
84. kes Sepang F1 Circuit rugi setiap tahun
85. kes Melaka Eye on Malaysia 23juta
86. kes Dewan Undangan Negeri Sarawak 300juta
87. kes Bank Islam banking scandal 700juta
88. kes Wang Ehsan from Trengganu Oil Royalty – 2004 -2007 7400juta
89. kes Petronas sponsor Philharmonic Orchestra 500juta
90. kes Menteri Pendidikan english utk Maths and Science 3200juta
91 kes SERENDAH INTERNATIONAL ORCHID PARK 15juta
92. kes skandal Bakun Sime Darby 2000juta
93. kes pasar dato keramat 38juta
94. kes Paya Indah Wetlands 88juta
95. kes bersih Sungai Segget, Bandaraya Johor Bahru 200juta
96. kes Kota Iskandar 1500juta
97. kes bina jalan sekenjang 0.5km 92juta
98. kes Sarawak International Medical Centre 400juta
99. kes Batu Burok Aquatic Complex 18juta
100. kes skandal Transmil 227juta
101. kes peminpin minum arak
102. kes sex skandal ex-menteri drpd MCA
103. kes istana baru 300juta jadi 800juta
104. kes sultan johor marah bab alam sekitar johor kotor sangat
105. kes ex-mb melaka pamelkan sex video di hotel sri cacorsa
106. kes meteri rogol maid
107. kes tentera curi enjin jet
108. kes org kaya beli rumah dpt 15% discount
109. kes Rasuah SPRM(MACC) : 1 Helai Talileher Berharga RM1,000
110. kes Asia Petrol Hub 1400juta
111. kes gomen rugi atau bazir 28000juta setiap tahun
112. kes peminpin kata pukul org india dulu sebelum pukul ular
113. kes Allah menyebabkan tempat sembahyang kena bakar
114. kes rogol di Baram Sarawak, tidak dipeduli
115. kes sianida di Raub, Pahang
116. kes nadir bumi di bukit merah, Perak
117. kes nadir bumi di kuantan, Pahang
118. kes 66,000 org asli tak dpt IC & tak blh undi
119. kes projek keretapi kos overrun 1100juta
120. kes beli 2nd hand keretapi 30juta
121. kes jalan Sapulut-Kalabakan, Sabah 565juta
122. kes Istana Melawati, Putrajaya 90juta
123. kes Tg Emas Marina, Muar 30juta
124. kes Kuala Kedah Marina, Kedah 23juta
125. felda pinjam wang kwsp utk pelaburan yg rugi 5000juta
126. Negeri Sembilam MB kirim 10juta tunai ke U.K.
127. Jalan Botanika Melaka 250meter 3.43juta
128. Projek Pulau-pulau Tasik Kenyir 300juta
129. Putra Jaya Astaka Morocco dan Monumen Alaf Baru 41juta
130. Bangunan Kompleks Konko, Perlis 2juta
131. LITAR GO KART DISITA, Air Keroh Melaka. 9juta
132. Bangunan kanser negara 340juta jadi 700juta
133. Pintu Botanika Pinang 7juta
134. Wisma Wanita 19juta
134. Ebara Corporation bakar projek 400juta
135. Projek e-kesihatan 103juta
136. Projek PULAU BUNTING,Kedah 70juta
137. Subsidi gas ke Kilang letrik 19000juta
138. Maltrade II tanah TTDI kpd NAZA 600juta
139. Skandal BMF 4000juta Carrian group. Pengurus BMF dibunuh.
140. Halal Hub 200juta
141. Boss Sykt Air gaji 6juta
142. Kolam berenang Terengganu 180juta
143. Kerusi di Komplek Bukit Jalil RM500 setiap unit
144. ICT overcharged 100juta
145. Labuan finance cetre 2000juta
146. Kes beli keretapi espanol 1800juta
147. Harga Proton Personal di Saudi cuma RM34,000, sini RM53,000
148. MB N.Sembilan bazir duit bina Pondok Bas yg terbengkalai di Linggi
149. MCA ex Boss(Ling) punya sykt Linksun Avenue hutang 2700juta
150. Hang Jebat Stadium 33juta
151. Projek Mykad RM1000juta
152. Projek LCCT 400juta
153. Wang penyimpan Tabung Haji dikhianati, rugi stanson bakery 90juta
154. KWSP rugi 300juta sebab Time cell
155. KWSP rugi 2000juta sebab RHB
156. Sime Bank rugi 1800juta
157. Felda tunai turun 2700juta
158. Perak 58b projek diserahkan kpd sykt dormant yg bernilai RM100
159. AP Abdul Gani Patail hapus bukti kes skandal 12000juta
160. Kantin Tentera Terendak Melaka kasi lauk pauk yg busuk kpd askar
161. Asrama tentera Lumut tidak dpt lulus QS
162. Asrama tentera Skulai jadi skandal
163. Airod ambik kommisen 5.70juta
164. Skandal kausar Corporation dpt tanah 600juta
165. RELA beli kain 16.5 juta
166. Skandal Tanah KTM 200juta
167. Skandal Amanah Saham Johor 300juta
168. Skandal curi Balak di Pahang 20juta
169. Skandal tanah Gerakan di Pinang 40juta
170. Skandal officer menteri pertahanan jual rasiah negara kpd luar negeri
171. Lugi hak milik Pulau Batu Putih di Johor kpd S'pore
172. Skandal sex di port dickson
173. ex MB N. Sembilan beli undi di undi rasmi UMNO
174. Harga kapal peronda 870% lebih mahal
175. Kroni Jual Air Mineral kpd MAS RM38 sekotak
176. Latihan Khidmat Negara ramai org maut & kena rogol
177. Kontrak pakaian & makanan Latihan Khidmat Negara jatuh di tangan Kroni
178. Utusan tulis Kristian Agama Rasmi dimuka pertama
179. Idris Jala kata Mesia akan bangkrap pd 2019
180. Anak perempuan MB Sarawak beli rumah mewah 30juta di Kanada
181. Hee Yit Foong bersalah menyerang Adun Aulong, Yew Tian Hoe dengan penyembur lada sewaktu Dun bersidang pada 7 Mei, 2009.
182. Perhimpunan sejuta belia - kos sehari 2juta jadi 27juta
183. Kos MRT 36b jadi 55b
184. GST akan dilaksanakan supaya rakyat jadi mangsa
185. Isteri pemimpin beli beg tangan hermes yg bernilai ribu-ribu
186. Skandal komissen wang kertas - 100juta
187. PAAB beli hutang bond Syabas sebanyak 6500juta
188. RM65 juta untuk mengubahsuai Sri Perdana di Putrajaya
189. Rumah Najib TNB bil RM5,000 setiap hari !
190. Perkosa kata 513 yg ke-2 akan berlaku pd 9 July 2011 & nak blok jabatan Pulau Pinang pd hari tu.

Lawak Ustaz Azhar - Soalan yang TIDAK patut ditanya


Suami gagal masukan 'buah zakar"


Aug 21, 2011

[Amaran]Hati-hati Bila Di Cyber Cafe...ada peranti spy,tolong check



Hal ini sangat penting terutama pada orang yang suka online di Cyber Cafe, ok sebelum anda gunakan PC:

1st check device ini sama ada disambungkan dekat CPU atau tak. Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yang terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yang telah diketik oleh keyboard itu.

Kebanyakan ini dipakai di Cyber Cafe, pameran, hotel dan lapangan terbang. Maka berhati-hatilah terutama anda yang menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses akaun bank online atau laman lain yang penting.

Setelah anda masuk ke akaun bank dan setelah selesai urusan, meninggalkan PC, itu akan membolehkan pemilik CC itu dengan mudahnya untuk membuka akaun itu kembali dengan apa yang sebelumnya anda ketik yang telah tersimpan di dalam Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika ada sesuatu yang mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses laman penting.

[Jenaka]robot dance only in malaysia...terbaek kah kah kah


kucinnng kaco time solat =)


Aug 20, 2011

Wajib Baca!!! Hidup 60 tahun tapi sembahyang cuma setahun! – Hebat agama ni!!!

betul ker? cuba kaji balik secara mendalam..

Dalam sehari kita diwajibkan bersolat 5 waktu. Subuh (2 rakaat), Zohor (4), Asar (4), Maghrib (3) dan Isyak (4). Jadi berapa rakaat kita solat setiap hari? Jawapannya 17 rakaat.

Ok, berapa lama masa kita ambil sehari utk bersolat bagi setiap waktu? Katakanlah setiap rakaat kita ambil masa 2 minit, darab 17 rakaat bersamaan 34 minit. So, jumlah sehari bersamaan 24 jam. Cuma 34 minit sahaja kita perlu menyembahNya! Cuba kira berapa lama kita berbual dengan rakan kita dalam sehari?

Ok, kita kira lagi dalam julat mingguan pulak….seminggu ada 7 hari..jika sehari kita perlukan 34 minit, seminggu kita perlukan 238 minit sahaja masa utk bersolat!!. Bandingkan pulak masa kita bershopping dan sebagainya…Lebih kan?

Bagaimana pulak dengan sebulan? Ok, sebulan ada 4 minggu jadi 238 minit tadi didarabkan dengan 4 jumlahnya 952 minit sebulan!!!

Kalau setahun? 952 minit sebulan tadi, darab dengan 12 bulan hanya bersamaan 11,424 minit!!! Jika kita tukarkan pula kepada mode jam, bererti hanya 190.4 jam setahun kita perlu bersolat! Jika ditukarkan pula kepada mode hari, kita hanya perlu solat dalam setahun hanya 7.93 hari utk mengadap yang Maha Esa!!!

Sekarang kita ambil dari segi usia pula….Kita ambil secara purata 60 tahun. Tolak 10 tahun, iaitu masa kita awal akil baligh, bermakna tinggal 50 tahun usia kita betul?

Sekarang cuba bayangkan dalam tempoh 50 tahun tu, berapa jam masa yang kita perlukan untuk kita bersolat sepanjang hidup kita?

Tadi kita telah memperolehi 190.4 jam setahun, jadi darabkan dengan 50. Jawabnya hanya 9,520 jam untuk tempoh 50 tahun. Bila ditukarkan kepada hari, ia menjadi 396.7 hari, iaitu lebih kurang 1.1 tahun sahaja berbanding kita hidup selama 50 tahun!!! Bayangkan dalam jangkamasa itu kita perlukan setahun lebih sahaja untuk bersolat!!!

Sebenarnya terlalu sedikit masa yang diminta oleh Allah S.W.T untuk kita menyembahNya berbanding kenikmatan hidup yang telah diberikanNya sepanjang kita bernafas di muka bumi ini. Masa anda melancong, berhibur, tidur dan berbual-bual kosong tentulah berganda-ganda jumlahnya berbanding solat 5 waktu. Jadi jangan bazirkan hidup kita dengan perkara yang sia-sia. Renung2kan la..selamat beramal.

Pelik TAPI Benar: Berbuka "tuak", bersahur "tahi itek" di Terengganu

Saya di Kuala Terengganu semalam untuk turut menceriakan Bazar Ramadan di Ibu Negeri Penyu itu. Seperti biasanya pada bulan puasa sebelah petang kesesakan lalu-lintas menggamatkan lagi suasana.

Setelah hampir sejam terperangkap dalam kenderaan untuk menuju ke Pasar Batu Enam yang terkenal dengan berbagai juadah berbuka, saya akhirnya berpatah balik ke pusat bandar dan terpaksa berpuas hati dengan bazar di Dataran Shahbandar.

Sambil berdoa kenderaan tidak disaman, saya berasak dengan ribuan manusia lapar untuk meninjau beraneka juadah yang dijeritkan oleh beratus-ratus gerai. Sebut sahaja apa kata selera, mudah-mudahan boleh dapat di sini.

Akhirnya isteri saya menemukan apa yang dihajatkan sejak bertolak dari Kuala Lumpur, iaitu ‘tahi itek’, sejenis kuih tradisional penuh nostalgia yang pernah menggamatkan percintaan kami kira-kira tiga dekad lalu.

Pada temu janji pertama sebagai ‘kawan biasa’ dia mengajak saya ke Batu Enam untuk mencari tahi itek. Mak tuan, memang satu dugaan, mengapa dia menguji saya dengan benda busuk lagi menjijikkan ini.

Setelah bertengkar agak panas, dan tiba di pasar itu, baru saya mengetahui bahawa tahi yang dicari itu ialah sejenis kuih manis yang menjadi kegemaran ramai warga ‘Ganu Kite’. Dan ‘cinta tahi itek’ itu kekal hingga sekarang!

Selain tahi itek (harap-harap nama asal ini tidak ditukar!), bazar Shahbandar menawarkan berbagai-bagai kuih tradisional yang bunyinya kedengaran pelik pada telinga orang luar. Kalau hendak dinilai dari segi nama, paling mahal tentu sekali ‘jala emas’. Mungkin hanya seorang dua laksawan @ ‘billionaire’ dalam dunia mampu membeli jala emas.

Nombor dua paling mahal mungkin ‘kayu keramat’. Tahi itek tentu paling murah, mungkin hanya pekebun sayur sanggup membelinya untuk buat baja. Tetapi kalau banyak duit pun saya tidak akan membeli sama ada jala emas atau kayu keramat.

Saya lebih suka ‘puteri mandi’! Apalah nilai jala dan kayu jika dibandingkan puteri yang sedang mandi. Saya sanggup menyerahkan jiwa dan raga jika dapat mandi dengannya. Tetapi kena hati-hati, sebab dalam kolam yang sama mungkin ada ‘badak berendam’! Begitulah hebatnya kuih-muih tradisional Terengganu.

Kalau ikutkan hati memang semuanya membuka selera, rasa hendak beli semua. Kami membeli nasi dagang, nasi minyak gulai daging, sotong sumbat, ikan bakar berempah, telur itik masak lemak pekat, dan buah mata kucing.

Akhirnya sebab banyak sangat yang dibeli, ketika berbuka tahi itek hanya disentuh sedikit sahaja. Oleh sebab tidak mahu dikategorikan dalam ‘sahabat syitan’ kami makan tahi itu ketika bersahur.

Puasa dan makanan mengingatkan juga kenangan saya tinggal setahun di Pengkalan Chepa, Kelantan empat tahun dulu, ketika mula-mula menerbitkan Sinar Harian – motonya ketika itu ‘Akhbar Orang Pantai Timur’.

Dalam letih dan dahaga hari pertama puasa, seorang wartawan bertanya sama ada saya hendak minum ‘tuak’ untuk berbuka puasa. Tuak? Tentu sekali saya berasa telah dipermainkan, malah dihina. Saya baru setahun bergelar ‘haji’ dan dia menawarkan saya air haram itu.

Saya terbayang tuak atau ‘todi’, sejenis arak murah yang dulu-dulu kerap dikaitkan dengan kaum tertentu di Sentul, KL. Setelah minum tuak atau todi, mereka akan mabuk dan tidur bergelimpangan di kaki lima atau di perhentian bas.

Kemudian baru saya tahu, dan malu sendiri. Tuak yang dimaksudkan oleh kakitangan saya itu disebut ‘nira’ di Negeri Penyu, iaitu sejenis minuman yang diambil dari mayang @ bunga kelapa. Memang menjadi kegemaran orang di negeri Cik Siti Wan Kembang untuk berbuka puasa dengan tuak.

Seperti yang dilaporkan media, jualan air tuak meningkat berkali ganda sepanjang bulan puasa di dua negeri berjiran itu. Malah ada yang meninggalkan pekerjaan biasa pada bulan al-Mubarak ini untuk menumpukan usaha mencari dan menjual tuak.

Bagi yang tidak faham tentu sekali kedengaran pelik: di Negeri Penyu orang berbuka makan tahi itek, di Serambi Mekah orang berbuka minum air tuak. Inilah yang dikatakan ‘pelik tetapi benar’ dan menjadikan kehidupan ‘1Malaysia’ penuh warna-warni.

Kuasa Kalimah Allah semasa Sembelih Korban

Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdullillah...




Insyaallah...saya terasa amat suka melihat demostrasi sembelihan Islam yg ditunjuk mamat saleh (soleh ni ) ni...

Moga moga memberi iktibar...


Adapun kedua tangan dan kaki hewan kurban sebaiknya dibiarkan lepas dan tidak ditahan, sebab yang demikian itu lebih menyenangkannya dan lebih bagus dalam mengeluarkan darah dari jasadnya, karena darah akan keluar bersama gerakan, maka ini tentunya lebih utama.

Kemudian tatkala menyembelih, dia membaca:

بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَلَكَ، اَللَّهُمَّ هَذِهِ عَنِّي وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِ

BISMILLAHI WALLAHU AKBAR, ALLAHUMMA HADZA MINKA WA LAKA, HADZIHI ‘ANNY WA ‘AN AHLI BAITI

“Dengan nama Allah dan Allah maha besar. Ya Allah! (hewan) ini darimu dan untukmu. Ya Allah! ini adalah sembelihanku dan keluargaku”

Adapun yang selain kurban, dia melakukan padanya yang demikian ini tetapi dia mengucapkan sebelum menyembelih:

بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ

BISMILLAHI WALLAHU AKBAR

“Dengan nama Allah dan Allah maha besar.”







Alhamdullillah

Ini video penuh bahagian 1.







tengok kat 10:40 ... besooorr nya kambing biri biri tu... 



Aug 19, 2011

Kisah tauladan bertajuk "Mana Mak?'

Salam

Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak.

=============================


Kisah tauladan bertajuk
"Mana Mak?' 

Jam 6.30 petang. 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 

Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian 

Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.” 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." 

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” 

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian 

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Kasih mak membawa ke syurga,,,kasih ayah tidak dpt dibalas


Nasihat pada kaum Hawa di luar sana.....[mesti baca]


Hebat nye kuasa matahari tanda kebesaran Allah