PAS hari ini merayu campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya membersihakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa telah teruk tercemar sejak kebelakangan ini.
"Walaupun sudah berulang kali disebut mengenai pembersihan daftar pemilih tapi dinafikan SPR, sekarang sudah terdedah banyak penyelewengan dalam SPR sehingga ada nama Kg Baru sebagai pemilih dan kes Mismah.
"PAS harap Yang di-Pertuan Agong dapat mengambil tindakan terhadap SPR supaya pilihan raya yang adil dapat dilaksanakan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.
Kepincangan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terselah sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila media mendedahkan beberapa nama yang menjadi kontroversi dealam daftar pemilih.
Terdapat juga kes nama Kg Barudidapati layak mengundi di sebuah kawasan di Besut, Terengganu.
Selain itu beberapapengundi klon juga dijumpai daftar pemilih - iaitu pengundi yang didaftarkan di bawah nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi nombor MyKad berlainan untuk klon mereka.
Menurut Mohamad, SPR harus mengakui semua kesilapan itu dan pengerusinya harus meletakkan jawatan atau dikenakan tindakan yang setimpal.
Katanya, memandangkan memorandum lapan tuntutan BERSIH 2.0 telah disampaikan kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin, pihaknya tidak perlu menyerahkan memorandum baru lagi.
Menurutnya, isu berkenaan tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia membabitkan sistem demokrasi dan kepercayaan rakyat.
"Pilihan raya yang adil penting kerana kalau rakyat tidak terimakeputusan pilihan raya, itu sangat bahaya kerana rakyat sekarang semakin celik maklumat," katanya.
Timbalan presiden PAS itu juga kesal dengan SPR yang sering bertindak dwi- standard terhadap Pakatan Rakyat.
Turut bersama pada sidang media tersebut ahli jawatankuasa PAS Pusat, Anuar Tahir.