Pages

Recent Posts

Nov 27, 2011

Bridge Magdeburg ,Jerman....pelik~~~ Eone

Jambatan air Magdeburg ini ialah saliran air yang boleh dilayari di Jerman. Ia mula dibuka pada umum pada tahun 2003. Jambatan ini menghubungkan dua terusan iaitu Elbe-Havel Canal dan Mittellandkanal melintangi Sungai Elbe. Ia merupakan saliran air yang boleh dilayari terpanjang di dunia setakat ini dengan jumlah panjang 918 meter.



















The real "Angry Bird" - adik



i never see this bird......(below)OMG





Northern Cardinal


Blue Finch




Snow Bunting


Emerald Toucanet



BALD EAGLE



Great Antillean Bullfinch



Yellow Warbler
=============================================
this also cute....LoL





The Strange Stadium around The world

            Setiap negara kalau takde stadium memang tak sah.Kalau tak gila bola, main ragbi or baseball pun boleh main dekat stadium ni.Ada macam-macam design stadium yang direka.Design tersebut melambangkan negara tersebut.Macam stadium World Cup 2010 di Africa Selatan.Walaubagaimanapun ada jugak rekabentuk yang pelik-pelik.Ada jugak yang terkantoi dari segi arkiteknya tapi di ubah menjadi landscape yang menarik dan menjadikannya bertambah pelik.


Japan, Osaka stadium,stadium baseball ini terletak di bandar Osaka dengan kapasiti 31379 tempat duduk.Pada tahun 1988 stadium ini telah ditukar menjadi tempat “sample housing showground”.Stadium ini kemudiannya dimusnahkan pada tahun 1998 dan digantikan dengan bangunan shopping complex .



Venezuela, Caracas, Dikenali sebagai “Cocodrilos Sports Park” ianya adalah sebuah stadium multi-use.Kebanyakan stadium ini digunakan sebagai perlawanan bola sepak.Stadium ini boleh memuatkan 3000 orang dan terletak disebelah high-way.Kalau ada eksiden kompom masuk terus kedalam stadium .




Portugal, Braga.Salah satu stadium yang termahal dan terpelik di Portugal.Kos sebanyak $122 juta dibelanjakan untuk membuang batu disekeling stadium itu.Kos ini melebihi pembinaan 10 stadium semasa European football championship 2004.Betul-betul rasa macam main atas gunung batu .




Croatia Gospin dolac adalah stadium di Imotski.Dibina pada tahun 1989.Boleh memuatkan 4000 penonton.Sangat cantik dan pelik .




Brazil Eco-Stadium,“Janguito Malucelli”. Stadium ni lain sedikit.Stadium ni menjadi popular sebab ianya mesra alam. Tempat kerusi diletak diatas bukit tanpa menggunakan konkrit.Stadium ini juga dipanggil Eco-Stadium .







The Faroe Islands sebuah pulau yang berhampiran dengan Scotland dan Iceland.Stadium ini terletak ditepi pantai.Setiap kali perlawanan akan ada orang yang membawa bot untuk mengutip bola yang jatuh ke dalam laut.



Singapore, Marina Bay.Stadium ini dikenali sebagai stadium terapung.Secara keseluruhan stadium ini diperbuat menggunakan besi.Ukuran platform terapung pula 390 kaki panjang dan  270 kaki lebar.Boleh menampung berat sebanyak 1,070 tonnes,bersamaan berat 9000 orang atau berat 30 tonnes kenderaan tentera.Tempat duduk pula boleh memuatkan 30 ribu orang.






Bulgaria FC Chernomorets Balchik football club dari bandar  Balchik, sekarang bermain untuk division ke dua untuk bola sepak Bulgarian. Mereka bermain dekat  “Balchik Stadium” yang mempunyai 6,000 tempat duduk yang paling buruk pernah dilihat.



Norway FC Aalesund adalah sebuah stadium lama yang sangat pelik mempunyai tempat duduk  teres ditepi bukit.


want diet healthy or eat healthy food

15 sebab kenapa Lelaki sentiasa "HAPPY"....- sija

Greedy always $$$$$$...LoL

Nov 26, 2011

Baby Canary island


KEBIRUAN air di permukaan laut berhampiran Pulau El Hierro iaitu salah sebuah pulau di Kepulauan Canary tiba-tiba 'dihiasi' dengan kewujudan gelembung buih-buih yang muncul dari dasar laut awal bulan ini. Turut kelihatan gumpalan magma berwarna kehitaman melatari permukaan laut.

Semua itu berpunca daripada aktiviti gunung berapi dasar laut di kawasan tersebut yang dilaporkan semakin aktif selepas satu gempa bumi berukuran 4.3 pada Skala Ricther melanda pulau tersebut pada 5 November lalu.

Gempa bumi berkenaan menyebabkan gunung berapi dasar laut di luar Pulau El Hierro itu memuntahkan material berupa gas dan asap hitam setinggi 18 meter ke udara yang dipenuhi bau sulfur selain menyebabkan ia kelihatan terapung di permukaan laut.

Kepulauan Canary yang terdiri daripada tujuh buah pulau serta beberapa buah pulau kecil walaupun berlokasi sekitar 100 kilometer dari pesisir pantai Maghribi di utara Afrika bagaimanapun sebenarnya merupakan wilayah di bawah autonomi Sepanyol.

Selain Pulau El Heirro, enam pulau lain di Kepulauan Canary ialah Tenerife, Gran Canaria, Fuerteventura, Lanzarote, La Palma dan La Gomera. Pada pertengahan Oktober lalu, pihak berkuasa Sepanyol telah mengeluarkan arahan untuk menutup akses ke bandar pelabuhan La Restinga di selatan Pulau El Heirro rentetan aktiviti gunung berapi dasar laut itu.

Ini termasuklah meminta kapal-kapal yang berada di sekitar pelabuhan beredar meninggalkan kawasan perairan tersebut dan pesawat udara turut dilarang melakukan penerbangan di lokasi berkenaan.

Selama lebih sebulan, penduduk di kepulauan tersebut terpaksa hidup dengan gunung berapi dasar laut aktif yang bukan sahaja memberi ancaman keselamatan, bahkan turut menakutkan pelancong dan membahayakan kehidupan penduduk serta habitat sekitarnya.



LAHAR gunung berapi yang meletus di Kepulauan Canary mengeras dan dijangka membentuk sebuah pulau baharu.

[B]Magma di permukaan laut[/B]

Para saintis tempatan memberitahu, aktiviti di gunung berapi dasar laut itu telah bermula sejak 17 Julai lalu dengan lebih 10,000 gegaran direkodkan.

"Letusan gunung berapi itu berlaku selama seminggu dan ia menyebabkan kerajaan bertindak memindahkan kira-kira 600 penduduk ke kawasan selamat," kata wakil perlindungan sains sivil, Carmen Lopez bulan lalu.

Berdasarkan kronologi, dasar laut Pulau El Hierro mula menggegar sejak 19 Julai lalu dengan memberi petanda melalui kemunculan gumpalan magma yang kelihatan di permukaan laut pulau terkecil di Kepulauan Canary itu.

"Letusan itu juga menyebabkan gumpalan besar magma berwarna kehijauan terbentuk di permukaan laut," kata seorang penduduk.

Sementara itu, pakar gunung berapi, Juan Carlos Carrecedo berkata, terdapat gumpalan magma di permukaan laut yang menghasilkan siri pecahan sekali gus menjana aktiviti seismik.

"Kita tidak tahu jika gumpalan magma tersebut akan memecahkan kerak dan mencetuskan letusan lebih besar. Letusan kemungkinan akan berlaku dalam tempoh sehari, seminggu mahupun sebulan," jelasnya memberi amaran yang letusan itu dijangka akan berterusan.

Beberapa letusan besar juga menyebabkan ia dapat dilihat dari jarak paling hampir iaitu 1.5 kilometer dari pesisir pantai di selatan El Hierro.

"Senario terburuk yang kami bimbang jika berlaku adalah letusan di daratan," ujar Ketua Keselamatan Kepulauan Canary, Juan Manuel Santana kepada akhbar harian El Pais.


Apa yang pasti, pakar geologi turut berpendapat bahawa terdapat kebarangkalian letusan dari dasar laut itu mampu 'melahirkan' sebuah pulau baharu di Kepulauan Canary.

Khabar itu juga menyebabkan beberapa nama untuk 'bayi' Kepulauan Canary itu telah dicadangkan menerusi Internet, antaranya seperti Atlantis, Discovery atau The Beast.

Menguatkan lagi kemungkinan daratan baharu akan muncul menerusi pembentukan magma yang meletus itu apabila Institut Geografi Kebangsaan Sepanyol (IGN) menyatakan letusan tersebut hanya terletak kira-kira 69 meter atau 225 kaki dari permukaan laut.

Apa yang pasti, kemungkinan mengenai munculnya pulau baru itu menyebabkan keghairahan dalam kalangan orang ramai. Walaupun kerajaan telah mengarahkan supaya penduduk berpindah ke tempat yang selamat, keterujaan untuk melihat muncul daratan baharu hasil daripada letusan dan magma yang dimuntahkan menyebabkan ramai warga El Heirro berada di kawasan tinggi berdekatan pantai.

Salah sebuah akhbar tempatan, La Provoncia melaporkan, 'Raksasa akan muncul dari lautan' merujuk kepada daratan yang dikatakan bakal muncul. Bahkan, beberapa akhbar pula berdebat mengenai siapakah yang akan bertanggungjawab ke atas wilayah baharu itu.


ORANG ramai memerhatikan dari Pulau El Hierro letusan demi letusan di pemukaan laut.

Bagaimanapun, menurut IGN, nama serta pentadbiran baharu kemungkinan tidak diperlukan memandangkan sekiranya kekuatan letusan itu memunculkan daratan di permukaan laut, ia tidak mustahil akan bergabung dengan pesisir pantai Pulau El Hierro memandangkan jaraknya yang tidak jauh sekitar tiga kilometer sahaja.

Menariknya, menyorot kembali tentang asal usul Kepulauan Canary itu sebenarnya hampir kesemua pulau di situ ialah pulau volkanik atau pulau gunung berapi. Pulau tersebut dikatakan muncul sejak jutaan tahun dahulu menerusi letusan gunung berapi selain sewaktu peristiwa zaman Jurassic semasa pembukaan kerak lautan Atlantik.

Bergantung kepada kekuatan


PESONA pantai di Kepulauan Canary menggamit ribuan pelancong setiap tahun.

Sementara itu, pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd. Ali Hassan pula tidak menolak kemungkinan letusan gunung berapi dasar laut di Pulau Hierro boleh menyebabkan sebuah pulau baharu boleh terbentuk.

"Namun semuanya bergantung kepada kekuatan letusan gunung berapi dan jarak kawasan letusan sama ada berlaku hampir atau jauh dengan permukaan laut.

"Malah amaun letusan yang dikeluarkan pada permukaan baru juga diambil kira. Jika letusannya banyak jadi ia berupaya membentuk sebuah pulau baharu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

India Talent Show 18SGgggGGG....LoL

Nov 24, 2011

let's see what they want to say,,,,,from "kelab anti-pakatan rakyat"


waaa kah kah,,,,,look like malaysia oil cheaper then indonesia......waaa kah kah,,,enough is enough for those idiot UMNO

Women & pet worm,,,nice...OMG


Diet Teknik Kuruskan badan..turun 7 kg dalam masa 2 minggu 2 hari..

DIET SCD/4HOURSBODY

Bismillah….

PENDAHULUAN
So sekarang aku nak terangkan tips…dan teknik bagaimana nak kurangkan lebih kurang 7 kg dalam masa 2 minggu 2 hari…( atau lebih kurang 10-15 kg dalam masa satu bulan, mengikut pengamal diet ini)

Cara pemakanan (diet) ni aku dapat dari buku orang puteh,,,

Terlebih dahulu, aku nak TEKANkan di sini…apa saja perkara anda buat…niatnya haruslah kerana perkara yang diredhai Allah…jadi aku tekankan kat sini, sesiapa yang mengikut ilmu yang aku bagi ini, niatnya adalah terpesong dari syariat..maka aku haramkan penggunaannya…

Apa yang aku terangkan sini adalah CARA…soal yang anda nampak dek mata dunia…bab NIAT adalah anda nampak dek mata hati…maka aku telah nasihat,,

CONTOH NIAT YANG HARUS:

1. nak memikat kembali hati suami, kerana bentuk tubuh kita mungkin sudah tidak menawan…
Cantik itu nikmat…dan nikmat itu menjadi berkat jika berlandaskan syariat,,,tapi ramai manusia tidak sedar hakikat nikmat,,,itu,,,dimana segala nikmat adalah dari Allah,,,,dan puncak nikmat ialah Allah…dan kebanyakan kita..kufur nikmat,,,memandang nikmat setakat dunia…dimana cermin mata hati belum mampu memantulkan hakikat….

kat Malaysia inih,,kebanyakn lelaki adalah golongan ‘macho’ dimana kami2 ini meng’haram’ kan diri sendiri untuk menunjukkan kelemahan,,,bagi mereka…berperasaan itu kelemahan,,,menangis itu kelemahan,,,meminta isteri untuk menjaga badan, kerana diri itu mengiginkan kenikmatan juga mungkin adalah kelemahan,,,

lalu menjadi alasan bagi mereka untuk mencari istwo atau isthree..atau four,..jadi sekiranya anda ingin suami anda sayang dan kasih anda tidak berbelah bahagi..jika hati itu belum boleh membuahkan keredhaan….maka, manakah bukti sayang itu?...manakah usaha yang melambangkan bahawa anda memang ingin suami anda beristerikan Cuma anda?mengapa semakin malas memikat suami dari hari ke hari?....jangan mengharap selain dari usaha sendiri(hakikatnya dikurniakan Allah)….dan jangan lah berharap suami anda itu bernafsu seorang wali,,,mungkin nafsunya belum sampai nafsu mutmainnah sekalipun..maka anda isteri yang menyedari keadaan itu, bertanggungjawab,,,untuk mengembalikan suami anda ke jalan yang benar,,,tariklah dia dengan lembut,,,sebelum dirinya terseksa dek rantai kekerasan,,,

antara usaha anda adalah dengan menjadi cantik dan mantap dari hari ke hari untuk si suami…maka mata dunia si suami tidak lagi berkeliaran ke seluruh dunia..tetapi tertumpu pada isteri yang yang cantik di dunia dan di akhirat itu…

maka percantikkanlah ‘perhiasan’ anda untuk suami anda…perkara yang harus dan halal itu hakikatnya adalah kerana Allah jua..

2. Bagi suami plak..kenapa nak jaga badan??...

1. kesihatan anda secara ke’seluruh’an,
2. senang solat, kerana badan makin ringan dan darah lancar.
3. Anda akan kurang memikirkan hal dunia…dengan izinNya anda lebihng kusyu’ dengan zikrullah..
4. Anda sayang istri anda…
5. Isteri anda jaga badan,,,kenapa tidak anda?..
6. Senang nak berjihad secara fizikal
7. Lebih kuat dan kurang risiko bila nak memelihara keluarga dari ancaman dunia (perompak ke)
8. dan banyak lagilah sebab yang harus



CONTOH NIAT YANG HARAM

1. Nak menarik perhatian makhluk yang tidak harus baginya
• ingin berzina mata, hati, kulit dsbgnya
2. Ingin membuat perkara2 yang haram, seperti menjual badan, menjadi GRO...menggoda lelaki@perempuan yang tidak halal baginya,,,dsbnya...

3. Bukan kerana Allah,,


ISI
So sekarang masa untuk menyampaikan praktikal ilmu ini:

1. anda ikut pemakanan ini selama 6 hari pada setiap minggu
2. anda tidak boleh memakan makanan yang manis dan mengandungi gula ringkas,
• air manis,
• makanan yang ada gula..
• nasi
• ubi
• apa saja jenis roti
• tepung
• kek
• roti
• buah buahan
• madu
• salutan tepung yang bergoreng pada ayam/daging goreng
• minuman 3 in 1.
• UPDATE EDIT: segala dairy products x dibenarkan- susu, cheese dan sebagainya...




3. anda boleh makan
• segala jenis daging yang halal, ayam, ikan
• Telur
• jenis kekacang, kacang tanah, peas, red bean, dan len2 lah,,,(ini menggantikan sumber tenaga dari nasi)
• seberapa banyak sayur yang anda mahu
• air kosong
• air nyior tanpa isi

4. Makan apabila lapar..berhenti sebelum kenyang…selalunya aku makan 4 kali sehari,,,kalau lapar aku makan kekacang tu..dalam setengah genggam…kalau cara makan anda betul..anda x lapar diantara waktu makan,,,lebih kurang 4 jam sekali anda lapar

5. Pagi2 aku selalu makan dalam 2 biji telur dan kekacang…buatlah resepi apapun…ada banyak kat internet…cari slow carb diet resepi…

6. dalam jam 10 ke 11 aku selalu ratah kekacang..

7. Jam 1 ke 2 petang, aku makan daging/ayam/Ikan/telur= sumber protein…lbih kurang saiznya setengah genggam tangan kita…kekacang lebih kurang 1/3 ke ½ dari saiz genggam tangan kita..kalau anda lapar lagi selepas makan..sila tambah jumlah kekacang ini…dan juga sayur seberapa banyak yang anda mahu…

8.makan malam juga lebih kurang macam no 7…

9. makan petang dalam jam lima..aku slalu jamah kekacang ni…

10. kekacang kering leh di beli di convenient store…ala yang dalam bungkus tu,,,aku slalu beli broad beans, peas, kacang tnah…pistachio dan gajus…agak mahal,,,

11. banyakkan minum air kosong..sekurang2nya lebih kurang 1.5 liter..

11a. lupa plak,,,untuk perasa makanan...boleh guna herba2..kari...lada hitam/putih,,,garam...cili..

kicap kat malaysia banya kandungan gula,,,kalau ikutkan boleh guna..

12. Pada hari ketujuh,,,anda boleh makan apa sahaja,,,ikutlah sunnah nabi…makan apabila lapar…berhenti sebelum kenyng..makanlah kek ke…air manis ke..nasi lemak ke…me ke…pastry ke..dan len2 lah,,,

13. Pada hari ke tujuh ini,,anda ‘wajib’ makan makanan jenis yang dilarang pada keenam enam hari anda pantang itu,,,ada tujuannya,,,,dari segi biologi…

14. ukuran berat badan dan saiz boleh diambil pada pagi hari ke tujuh sebelum anda melantak…..

Ini contoh berat penurunan beratbadan aku:

Start diet pada 12/6/11..lebih kurang 86 kg
Minggu pertama 18/6/11..lebih kurang 82 kg
Minggu kedua 25/6/11..lebih kurang 80 kg
Semalam…28/6/11..lebih kurang 79 kg

Aku menggunakan scale yang murah…kurang 30 hingit,,,sebab tu ada ‘lebih kurang’

Seluar 2..aku yang mula ketat sebelum aku bernikah dah jadi longgar balik,,,lebih senang bergerak..dan solat,,,

Seluar2 yang aku baru beli dah longgar,,,tapi aku pakai jugak..

Tali pinggang aku turun 2 lubang dari yang selalu adjust..

Kebuncitan yang mula menular,,,dah surut,,,

Potensi2 aktiviti2 fizikal bertambah,,,

Aku kurang rasa lapar,,

Nafsu aku terhadap makanan/minuman manis berkurang lebih kurang 60% ke 70%

Nasi pun aku dah kurang bernafsu terhadapnya,,,

Tenaga aku makin meningkat..

Mengantuk pun kurang,,,
Orang zaman dulu..kebanyakannya slim n slender….kerana kekurangan sumber makanan kot…tapi yang aku pasti (aku pasti) orang zaman sekarang kebanyakannya berlemak sebab,,,,makan nasi +air manis banyak sangat….nasi dan air manis adalah jenis makanan = gula ringkas….cepat diproses tubuh badan,,,bila tenaga yang diperlukan dah cukup, maka lebihan gula(tenaga yang belum diproses) dalam saluran darah itu,,,akan dibawa ke sel lemak,,,maka tahniah,,kebanyakan kita terlebih makan,,,tapi kerja x seberapa,,,

Jika anda kerja penat dan teruk…tapi masih gemuk…ada dua faktor yang memberi kesan:

1. anda melantak,,,tidak mengikut sunnah nabi.
2. sehingga badan anda menerima penyakit kesesakan insulin,,,dan leptin mungkin…

Maka gemuklah anda…



RUMUSAN
Sebnarnya sasaran aku nak capai 75 kg…berat ideal aku masa zaman kat u dulu,,,

Tapi bila dah sampai 79kg ni,.,aku nak try diet lain pulak…seronok buat test

Perlu aku tekankan kat sini..penurunan berat badan anda akan berkurangan dari masa ke semasa..

Dapat penurunan dalam 3-4 kg dalm satu bulan adalah normal….maka bersabarlah,,

Dalam kes aku…dapat turun dalam 7 kg,,,Alhamdu Lillah,,

Sekarang aku nak try buat diet lain pulak,,,,,lebih mendekati cara pemakanan Rasulullah,,,Makhluk paling sempurna di alam ini…dari segi zahir dan batin…

Sekian,,,semoga bermanafa’at….

Segala perkara baik adalah dari Allah,,,,

Segala yang buruk, itulah sifat makluk,,

…semoga anda semua dirahmati Allah,,,,semoga semua…selamat dunia akhirat…amiiinn…

Nov 21, 2011

Permainan yg perlu direnungkan

'Seperti biasa, saya akan sentiasa menyajikan sesuatu yang boleh
menaikkan semangat dan motivasi diri kita. Dan hari ini saya
bawakan satu cerita untuk warga CG yang saya kasihi sebagai
renungan untuk kita semua. Selamat membaca dari saya....'


Ceritanya bermula begini,Seorang guru wanita sedang bersemangat
mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap
murid-muridnya.

Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru
itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini,
ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika
saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya
angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid-muridnya pun
mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara
kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik, sekarang
perhatikan.

Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya
angkat pemadam,maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti
tadi,tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat
sukar untuk mengubahnya.

Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.
Selang Beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum
kepada murid-muridnya.

"Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu
haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya.
Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan
perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi
bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan
dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu
akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar
nilai dan ketika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi
sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian
seksi menjadi hal yang lumrah,Sex sebelum nikah menjadi suatu
hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup
dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari,
anda sedikit demi sedikit menerimanya.Paham?" tanya Gurukepada
murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet.
Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah,
bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa
memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan
tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar,
digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat,
tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...
Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda
dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah
mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina
dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda
perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak
yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah
aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau
dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan
dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu
satu persatu, baru rumah dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh
Islam menghancurkan kita. Iatidak akan menghentam terang-terangan,
tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai
dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam
dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka
inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan
inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka
tidak beraniterang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
mereka."Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang,
misalnya Perang Salib,Perang Tartar, dan
lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau
diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya
hancur. Tapi kalau diserang serentakterang-terangan, mereka akan
bangkit serentak, baru mereka akan sedar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari
kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik
tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka
dengan masing-masing di kepalanya berfikir tentang permainan dan
nasihat yang guru berikan...