Pages

Recent Posts

Sep 22, 2011

Creative ,seni ukir pada Paip Air......LoL







Polis tak akan memohon maaf keluarga AminulRasyid





Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata beliau bersimpati dengan keluarga remaja berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh seorang anggota polis, Beliau bagaimanapun tidak menawarkan permohonan maaf yang dituntut oleh keluarga itu.

"Kita bertindak mengikut undang-undang. Saya tidak boleh emosi tentang itu... bukan kita tidak bersimpati, nyawa telah hilang, sudah tentu kita bersimpati tetapi kita sebuah badan profesional dan saya bertindak mengikut undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Cheras hari ini.

Ismail berkata demikian bagi menjawab soalan sama ada polis akan memohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid berikutan keputusan mahkamah Khamis lalu yang memutuskan Koperal Jenain Subi bersalah kerana menyebabkan kematian remaja itu.

Beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun tetapi telah memfailkan rayuan.

Keluarga Aminulrasyid tetap kecewa kerana ketua polis Selangor, ketika itu, Datuk Seri Khalid Abu Bakar telah melabelkan remaja itu sebagai penjenayah sebaik selepas kejadian itu. Beliau juga dilaporkan mendakwa Aminulrasyid cuba merempuh sekatan polis yang menyebabkan terpaksa melepaskan tembakan sebagai usaha mempertahankan diri.

Khalid, kini adalah timbalan ketua polis negara. Beliau juga enggan memohon maaf kepada keluarga itu berhubung kenyataannya.

Sebaliknya, kata Khalid, keluarga Aminulrasyid yang sepatutnya meminta maaf kerana remaja itu membahayakan banyak nyawa dengan memandu secara melulu dan tidak mengendahkan arahan polis supaya berhenti.

Ibu kanak-kanak itu, Norsiah Mohamad, seorang balu, berkeras mengatakan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan menuntut bahawa nama anaknya itu dibersihkan.

Aminulrasyid dibunuh pada 26 April tahun lalu selepas Jenain melepaskan 21 peluru dari senapang sub-mesin ke arah remaja itu.

malaysiakini

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Tentang Zizan Hina Islam

Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidakberniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.



Sep 21, 2011

Be part of a music video and win RM 1,000! Find out more info on #PrudentialMY FB!

Be part of a music video and win RM 1,000! Find out more info on #PrudentialMY FB!