“(Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami
condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk. Kepada kami, dan
kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya
Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)"...(ali imran:8)
Persoalan 'kenapa hati manusia cepat berubah?' sentiasa membelengu di
fikiran saya. Setiap hari berjumpa dengan rakan-rakan dan berjumpa
dengan pelbagai ragam manusia menyebabkan saya sedar yang manusia
sememangnya cepat berubah..Berubah bagaimana? manusia boleh berubah
melalui perbuatan seperti dari jahat kepada baik, kedekut kepada
pemurah dan sebagainya..sama ada perubahan itu kerana “terpaksa”
(berubah atau rebah) atau kerana “rela” (berubah kerana Allah)..tetapi
bagaimana pula dengan perubahan hati manusia?Hati manusia boleh berubah
mengikut keadaan. Apabila kita menjumpai sesuatu yang lebih baik di
depan mata,yang jauh kita akan lupakan. Perubahan hati tidak boleh di
paksa tetapi bergantung kepercayaan dan teguhnya hati kita pada
seseorang.
Allah mengurniakan kita akal untuk berfikir. Berfikir
dan membuat pilihan yang mana satu intan, mana satu berlian, mana satu
emas, mana satu kaca...kita sering lupa apa yang kita miliki,tetapi
kita sering kali ingat apa yang orang lain miliki. Sesuatu yang baik
belum tentu benar dan sesuatu yang benar belum tentu baik.Sesuatu yang
bagus belum tentu berharga dan sesuatu yang berharga belum tentu
bagus..Renung-renungkan lah
Mengapa Perempuan Suka Curang Pada Lelaki .
1. Merasakan dirinya terlalu cantik .
Merasakan diri terlalu cantik dan over konfiden selalunya
terjadi kepada perempuan. Dia merasakan dirinya terlalu cantik apabila
Allah memberikan sedikit kelebihan dari sudut wajah, tubuh badan dan
gaya penampilannya. Harus diingat bahawa muka cantik bukanlah menjadi
aset utama kepada kejayaan di dalam perhubungan. Setia kerana muka
cantik? Tidak mungkin berlaku jika perempuan itu tidak pandai menjaga
hati si dia. Lumrah manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Ada
lelaki yang tidak terlalu memilih perempuan cantik atau lawa untuk
menjadikan pasangan hidupnya. Pesanan kepada kaum hawa, janganlah
terlalu merasakan diri terlalu cantik .
2. Terlalu ego dengan perasaannya
Sifat ego selalunya tidak pernah lari dari diri seseorang perempuan.
Ego merupakan satu sifat yang secara lumrahnya ada di dalam setiap diri
seorang lelaki dan perempuan,tapi bagi admin perempuan lebih kuat
egonya. Apa yang membezakan seseorang perempuan dengan perempuan lain
adalah tahap keegoan. Mereka sangat ego apabila lahir perasaan sayang
dan cinta terhadap si dia. Apabila timbul perasaan sayang dan cinta
lelaki mula mencari lelaki lain untuk mencari sayang dan cinta baru.
Tetapi perbuatan itu adalah satu kesilapan besar kerana seringkali
manusia akan hilang sesuatu yang sempurna jika terlalu inginkan
kesempurnaan.
3. Ramai lelaki lain menyukainya.
Perempuan akan merasakan selesa berlaku curang jika ramai lelaki lain
menyukainya. Tidak hairanlah jika kecurangannya itu diketahui
pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai lelaki lain yang
menunggu untuk menjadi pasangannya.Selain daripada itu juga,perempuan
juga akan memberi alasan-alasan yang boleh dikatakan “bodoh” untuk
mencari sebab untuk ke pangkuan lelaki lain.
4. Belum bersedia untuk setia.
Ramai perempuan yang curang selalunya belum bersedia untuk setia.
Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya
perempuan yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan
pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk setia”.
5. Niat membalas dendam.
Kenangan pahit di dalam hidup seperti pernah dipermainkan oleh lelaki
juga antara penyebab perempuan membalas dendam. Mereka merasakan lelaki
patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah terluka kerana
lelaki. Ada juga penyebab lain menjadikan perempuan berniat membalas
dendam kepada lelaki antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan
oleh ayahnya,selalu dipukul oleh ayahnya,serta pernah diperkosa oleh
ayahnya dan sebagainya.
Nasihat dari Eone
Apa yang Eone ingin pesan ,bersyukur lah dengan apa yang kita ada.Jujur dalam perhubungan cinta,sentiasa la memahami antara satu sama lain. Jangan sesekali tipu dalam perhubungan kerana kita bercinta untuk tuhan kita. Jika ingin mencari haluan masing2 ataw putus bercinta ,jujur lah pada pasangan dengan memberitahu beliau bahawa saudara/saudari telah menjumpai seseorg dlm hidup anda. Jujur itu penting supaya kita tidak akan ada rasa dendam dalam hati setelah putus hubungan.
sesungguhanya yang baik itu datang dari Allah ,yang kurang itu datang dari kita .
TIDAK MUDAH TAPI AKAN TERASA INDAH
-
Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan teriris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari itu bagian dari kasih Ilahi
...Agar Allah memindahkan keb...
12 years ago